SEORANG penghantar makanan diserang bekas peninju selepas disangka mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah resort di daerah Warin Chamrap, Ubon Ratchathani, Thailand, kira-kira pukul 6.30 petang pada 26 Oktober lalu. Berdasarkan laporan, mangsa dikenali sebagai Mongkhon, 20, mendakwa dia hanya datang menghantar pesanan dan tidak pernah mengenali suspek.Hasil rakaman turut menunjukkan suspek menghampiri mangsa sebaik sahaja dia tiba dengan motosikal, sebelum mempersoalkan hubungannya dengan wanita yang dikaitkan.Tampil menjelaskan tentang tujuan kedatangannya, dia bagaimanapun terkejut apabila suspek melakukan serangan.Susulan daripada itu, mangsa meninggalkan motosikal dan melarikan diri untuk menyelamatkan diri sebelum dua wanita cuba meleraikan pergaduhan tersebut.Menurut Mongkhon, dia menghubungi isteri suspek sebelum tiba bagi mengatur bayaran kerana pesanan menggunakan kaedah COD ketika penghantaran.Dia mengesyaki panggilan daripada nombor tidak dikenali itu mencetuskan salah sangka suspek.Bimbang akan keselamatan diri dan kecederaan dialami, dia kemudiannya membuat laporan polis pada Rabu.Menurut polis, suspek bersetuju hadir ke balai untuk berdepan pertuduhan dan bertemu mangsa, namun tidak muncul pada waktu ditetapkan. -Agensi