suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak puas ‘skodeng’ gadis mandi, pemuda sambung intai si ibu pula! Koleksi video dalam telefon rungkai segalanya!

Mengintai adalah perbuatan jenayah. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki berusia 20 tahun mengaku bersalah pada Khamis atas dua pertuduhan mengintai serta merakam anak dan ibu secara sulit ketika berada di bilik air kediaman mereka.

Perbuatan terkutuk itu terbongkar pada 8 April lalu apabila mangsa yang berusia 19 tahun menyedari sebuah telefon bimbit dihalakan ke arahnya menerusi tingkap bilik air sewaktu dia sedang mandi.

Terkejut dengan tindakan itu, mangsa terus menjerit menyebabkan suspek terkejut lalu melarikan diri dari lokasi kejadian.

Siasatan lanjut pihak polis kemudian mendapati pemuda berkenaan bukan sahaja merakam gadis itu, malah turut menjadikan ibu mangsa yang berusia 55 tahun sebagai sasaran intipan dalam beberapa kejadian berasingan.

Siasatan menerusi pemeriksaan telefon bimbit suspek menemukan beberapa rakaman tidak senonoh, termasuk satu video ibu mangsa di dalam bilik air yang dirakam pada 22 Mac lalu.

Bukan itu sahaja, antara 30 Mac hingga 8 April 2026, pemuda terbabit dikesan merakam 10 lagi video anak wanita berkenaan sewaktu mangsa sedang mandi, menukar pakaian, serta menggunakan tandas.

Mengikut fakta kes, pada malam kejadian sekitar pukul 9.20 malam, tertuduh yang lalu di kawasan perumahan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Singapura itu bertindak memanjat tembok untuk mengintai ke dalam rumah mangsa.

Bagaimanapun, cubaan pertamanya gagal kerana langsir ditutup rapat sebelum dia kembali ke kawasan riadah berhampiran.

Kira-kira 30 minit kemudian, tertuduh yang terdengar bunyi seseorang sedang mandi terus menghampiri bahagian luar bilik air rumah berkenaan lalu menyelitkan telefon bimbitnya menerusi celah tingkap secara senyap-senyap.

Susulan jeritan mangsa pada malam tersebut, ibu mangsa bertindak menghubungi pihak polis untuk membuat laporan hingga membawa kepada penangkapan suspek.

Di mahkamah, tertuduh mengaku bersalah atas dua pertuduhan voyeurisme pada 27 Oktober, manakala satu lagi pertuduhan berkaitan kesalahan sama akan dipertimbangkan sewaktu hukuman dijatuhi.

Mahkamah menangguhkan prosiding hukuman kepada 17 Disember ini.

Pihak mahkamah turut dimaklumkan bahawa kejadian itu memberi kesan trauma mendalam kepada mangsa yang kini berasa tertekan dan tidak lagi selamat berada di rumah sendiri.

Sejak insiden berkenaan, keluarga itu sentiasa memastikan tingkap bilik air ditutup rapat sebelum menggunakannya, manakala mahkamah turut mengeluarkan perintah larangan pendedahan maklumat bagi melindungi identiti kedua-dua mangsa. -Agensi

Artikel Lain