PELAWAK dan usahawan Shuib berkongsi khabar gembira apabila bakal menyambut kelahiran bayi perempuan tidak lama lagi.Meluahkan rasa syukur, Shuib atau Shahmira Muhamad, 42, berkata dia dan isterinya, Watie Hanifiah tidak sabar menanti kehadiran bayi pertama mereka pada April depan. “Watie dijangka bersalin awal bulan empat dan dia akan bersalin secara czer. Itu memang yang kami mintalah. Shuib dan Watie teruja bakal sambut cahaya mata mereka bersama. “Saya juga berharap dapat mandikan anak yang bakal lahir sebab sebelum ini saya berpeluang mandikan semua anak kecuali anak keempat (Ayash),” katanya kepada mStar. Shuib memaklumkan perkara itu ketika ditemui pada majlis Gender Reveal Party di Gombak, Selangor pada Sabtu. Mengulas mengenai persediaan menyambut kehadiran anaknya, Watie menjelaskan setakat ini dia masih belum melakukan sebarang persiapan. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas diuji keguguran, isteri Shuib didakwa sedang hamil... Netizen nampak ‘baby bump’ ARTIKEL BERKAITAN: Empat bulan simpan rahsia, isteri Shuib trauma nak kongsi berita hamil... Takut anak-anak sedih jika sekali lagi keguguran“Belum ada apa-apa persediaan sebab saya memang rancang mahu selesaikan ‘gender reveal’ dahulu.“Selepas ini baru saya akan buat persiapan kerana belajar daripada apa yang berlaku sebelum ini,” ujarnya. Bagi pemilihan nama pula, Watie menyerahkan perkara tersebut kepada anak keduanya iaitu Thalita. Shuib dan Watie belum buat persiapan menyambut bayi. “Untuk nama saya dan Thalita yang akan pilih. Disebabkan bayi ini perempuan, jadi saya ambillah nama yang dia pilih,” ujarnya. Untuk info, Watie dan Shuib pernah mengalami keguguran anak pertama sekitar Mei tahun lalu. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Jun 2023.Shuib memiliki empat orang cahaya mata hasil perkahwinan pertama dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube