PELAKON dan usahawan Nur Fazura meluahkan rasa terkilan apabila anak perempuannya, Nur Fatima berdepan dengan gejala buli sejak lahir.Lebih menyedihkan, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 43, berkata terdapat segelintir individu sanggup menggelar Fatima dengan panggilan tidak beradab seperti 'barua' dan 'Myanmar' selain mengaitkan arwah bapanya. “Akhir-akhir ini, ada yang buli dengan kata Fatima barua serta kutuk arwah ayah saya. Masa fatima lahir lagi sudah dicerca dan dikecam. Fazura tidak berdiam apabila anaknya menjadi mangsa kecaman. “Fatima ini dari kecil tidak pandai sebut nama penuh (Fatima), jadi dia sebut Nyamma. Disebabkan itu, ada yang (buli) panggil dia Myanmar dan sebagainya. “Jadi, siapa lagi yang mahu bersuara? Mestilah saya sebagai ibu. Nanti bila dah besar, Fatima akan tahu siapa pertahankan dia,” katanya kepada mStar. Fazura memaklumkan perkara itu ketika ditemui pada majlis Soft Launch Meet & Greet bersama Fazura dan duta Jakel di Kuala Lumpur pada Sabtu. ARTIKEL BERKAITAN: Nur Fazura dedah sudah dua tahun jadi mangsa buli netizen, tergamak mengata arwah bapa dan Fatima… “Nak suruh saya diam supaya terus ‘enjoy’ dengan gosip dan fitnah” ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Secara rasminya, saya memang bersara” - Nur Fazura tolak berlakon dramaMenurut pelakon drama Keluarga Itu, sebagai ibu dia berasa amat sedih dan kecewa dengan sikap segelintir pihak yang sanggup mengecam kanak-kanak kecil.Namun Fazura berkata dia memilih untuk tidak menyimpan perasaan dendam sebaliknya menyerahkan segalanya kepada Allah.“Saya ibu dia memang rasa sakit dengan perkara itu. Apa-qpapun kita serah kepada Allah. Nanti bila dah besar, Fatima akan tahu siapa pertahankan diaNUR FAZURAPELAKON “Sebagai ibu, saya sangat marah dan berkecil hati kepada manusia yang sanggup panggil anak saya macam itu. “Tetapi saya tidak simpan dendam, sekarang ini saya semakin okey dan tenang,” ujarnya. Mengulas mengenai kerjasamanya bersama Jakel, Fazura meluahkan rasa syukur apabila koleksinya mendapat sambutan ramai.Fazura kesal dengan kata-kata kecaman netizen. “Saya sangat bersyukur. Tapi sebenarnya ia bukan penangan Fazura namun rezeki daripada Allah.“Kalau ada yang tidak puas hati, kita ini memang tidak boleh puaskan semua orang. Saya dan Jakel adalah orang bisnes, jadi fikiran kami memang tidak layan perkara negatif,” ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube