SEBULAN hidup berjauhan daripada keluarga menjadikan penyanyi Hadie Elfardie lebih berdikari dan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada ibunya, Ina Naim.Hadie, 18, yang kini melanjutkan pelajaran di Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills berkata, pengalaman tinggal bersendirian membuka matanya untuk menguruskan kehidupan tanpa bantuan ibu bapa seperti sebelum ini. “Sebelum ini kalau saya turun ke Kuala Lumpur, semuanya akan diuruskan oleh ibu dan daddy. Dari daftar hingga beli tiket bas, semua mereka yang buat.Hadie mula bergantung pada diri sendiri.“Tapi sejak duduk berjauhan ini, saya kena uruskan semuanya sendiri,” katanya kepada mStar.Penyanyi itu berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta Al Amber Chinese Muslim Restaurant, Kuala Lumpur.Menurut Hadie, perubahan itu membuatkan dia sedar dirinya kini lebih berdikari walaupun tidak terlepas daripada melakukan kesilapan pada peringkat awal.ARTIKEL BERKAITAN: Hadie Elfardie belajar hidup berdikari lepas tinggal berjauhan dengan keluargaARTIKEL BERKAITAN: Hadie Elfardie jadi 'buruan' wanita, terima mesej ajak kahwinDedahnya dia pernah tersilap menaiki bas namun bersyukur apabila kenderaan berkenaan belum sempat bergerak ke destinasi dituju.“Mula-mula memang kekok. Pernah juga tersilap naik bas dan tersalah tanya orang. Saya ingatkan pemandu bas, rupanya penumpang sama macam saya.“Saya terpaksa tunggu kira-kira setengah jam sebelum jumpa bas yang betul. Waktu itu saya nak ke Gombak, mungkin sebab mengelamun semasa dengar pengumuman,” ujarnya.Sejak kejadian itu, Hadie berkata dia lebih berhati-hati sebelum menaiki pengangkutan awam. Dulu semasa berusia sembilan tahun saya sudah berjauhan dengan keluarga.HADIE ELFARDIEPENYANYIDalam pada itu, bekas peserta Talk To My Manager musim pertama itu mengakui tidak pernah berdepan rasa rindu yang teruk terhadap keluarga kerana pernah tinggal berjauhan sejak kecil.“Kalau setakat berjauhan dengan keluarga, saya tak kisah sangat sebab dulu semasa berusia sembilan tahun saya sudah duduk di Kelantan dan belajar di sana. Dalam tempoh tiga tahun juga kami berjauhan ketika itu,” luahnya.Sementara itu, Ina Naim gembira melihat anaknya belajar berdikari meskipun terpaksa berjauhan.Hadie janji akan lebih berhati-hati.Dia juga berharap pendidikan yang diperoleh Hadie ketika ini dapat membantu masa depan anaknya.“Bila dia bergerak sendiri, barulah dia tahu betapa susahnya berdikari. Tapi saya seronok lihat dia belajar.“Saya tahu dia suka duduk berjauhan daripada saya sebab tak perlu dengar ibunya membebel,” katanya berseloroh. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube