DALAM diam-diam penyanyi Aisyah Aziz sudah selamat menimang cahaya mata sulung.Berita gembira itu dikongsikan oleh ibu Aisyah, Siti Hafiza Sheikh Mohamad menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada Jumaat. Dalam hantaran tersebut, Hafiza meluahkan rasa teruja dan rindu terhadap cucunya itu.Aisyah dan suami mendirikan rumah tangga pada April 2025.“Ummi Wan dan Tok Ayah sudah mula merindui kamu.“Kasih sayang dan pelukan buat anak tersayang kami, Aisyah Aziz dan suami Fahrudin Amir. Masya-Allah, tabarakallah,” tulisnya.Bagaimanapun, Hafiza tidak mendedahkan secara terperinci tarikh kelahiran cucu sulung pasangan berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Aisyah Aziz sah bergelar isteri, jejaka asal Malaysia pilihan hatiARTIKEL BERKAITAN: Teruja terima menantu, restu dan doa ibu iringi rumah tangga Aisyah Aziz dan suamiMenerusi perkongsian sama, Hafiza bersama suami turut memuat naik foto mereka sedang mengendong cucu ketiga yang baru dilahirkan itu.Malah dia juga menutup wajah cucunya dengan emoji hati.Selain itu, Hafiza turut menitipkan doa agar cucunya sentiasa berada dalam lindungan dan kasih sayang Allah.“Masya-Allah, Allahumma barik. Hadiah yang sangat-sangat bernilai buat kami sekeluarga. Aamiin, Allahumma aamiin.“Kami doakan cucunda sentiasa menjadi anak yang soleh, penyejuk mata buat abah dan ummi serta seluruh keluarga, dan sentiasa berbahagia di dunia dan akhirat,” katanya.Untuk rekod, Aisyah dan Dr Fahrudin Amir yang merupakan abang kepada suami pengacara Neelofa iaitu Mohd Haris Ismail mendirikan rumah tangga pada April 2025.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube