PERTEMUAN pengacara Sherry Alhadad dengan penjual jagung kacak dari Istanbul, Turkiye mengundang pelbagai reaksi dan usikan nakal di akaun media sosial miliknya. Menerusi video yang dimuat naik pada Jumaat, Sherry memberitahu kepada jejaka tersebut yang namanya menjadi sebutan dan viral di Malaysia serta dikenali sebagai abang jagung paling kacak. Malah Sherry juga meminta Presiden platform penstriman UTV, Datuk Adzliana Hasan untuk menggandingkan mereka dalam sebuah telefilem. Ramai bersetuju sekiranya Sherry digandingkan dengan penjual jagung kacak untuk sebuah projek drama. "Kepada Nana Hasan saya dah jumpa hero untuk telefilem 'Kekasihku Abang Jagung'. Okay seterusnya ke Istanbul lagi," tulisnya. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata bersetuju sekiranya mereka berdua disatukan dalam sebuah projek drama."Lock!."Ok setuju. Jangan lupa jemput. ARTIKEL BERKAITAN: Sherry Alhadad terbuka soal jodoh, tiada masalah jika gaji suami lebih rendahARTIKEL BERKAITAN: Sherry Alhadad takut buat pembedahan bariatrik... tak pernah bermalam di hospital"Secocok. Uols memang layak tahap-tahap antarabangsa macam ini," tulis beberapa pengikut. Dalam masa sama, perkongsian Sherry itu turut menarik perhatian beberapa selebriti yang sempat mengusik dan cemburu melihat pengacara itu yang sudah bertemu dengan jejaka tersebut. "Best ke jagung dia?," tulis Bell Ngasri. "Kira jadilah," komen Janna Nick. "Tak aci, dia dah pergi dahulu," kata Azira Shafinaz. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!