suria

Sherry Alhadad terbuka soal jodoh, tiada masalah jika gaji suami lebih rendah

PENGACARA dan pelakon Sherry Alhadad tidak meletakkan ciri-ciri atau permintaan tinggi terhadap mana-mana lelaki yang bakal menjadi peneman hidupnya.

Malah Sherry, 41, juga berkata dia tidak kisah sekiranya lelaki berkenaan berpendapatan lebih rendah daripadanya kerana perkara utama baginya ialah tanggungjawab dan boleh dibawa berbincang.

“Ramai yang takut dengan saya sebab katanya dominan dan ‘high maintenance’, padahal saya tidak seperti itu. Saya tidak mempunyai ciri-ciri yang tetap.

“Asalkan orang tersebut boleh berbual atau berbincang dan juga bertanggungjawab. Kalau dia kurang pendapatan daripada saya, okay sahaja sebab saya ini hanyalah orang biasa,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Sherry juga tidak menolak sekiranya dijodohkan dengan seorang duda yang mempunyai anak ataupun lelaki bukan warganegara.

“Kalau suami orang saya tidak mahu. Kalau duda okay sahaja sebab saya memang suka budak-budak. Jadi, ia adalah bonus sebab saya pun sudah berusia. Kalau orang luar negara pun saya okay juga,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Sherry bakal menjadi pengacara bagi Gempak Most Wanted Awards 2024 yang berlangsung pada 23 Februari bersama Sean Lee dan Amelia Henderson.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi