suria

Pakcik menangis datang peluk selepas tonton ‘Babah’, Qi Razali rindu arwah bapa

PELAKON Qi Razali tidak menyangka lakonannya menerusi filem Babah meninggalkan impak besar dan positif buat penonton setelah ia ditayangkan di pawagam pada Disember tahun lalu.

Mengulas perkara itu, Qi atau Qushairi Mohammed Razali Wong, 48, memberitahu dia menerima respons positif apabila lakonannya itu dikatakan dapat memperbaiki hubungan keluarga yang sudah retak.

“Masa mula-mula filem ini dapat perhatian saya tiap-tiap malam bergelinang air mata, tak sangka bila baca komen orang sebab tak tahu pula filem ini akan jadi macam ni.

“Ramai yang mesej dan berjumpa saya cakap terima kasih malah ada yang bergaduh dengan bapa tapi sebab tonton filem ni terus berbaik, ada juga seorang pakcik datang jumpa dan peluk saya sebab rindu dekat arwah bapa dia lepas tengok filem ni.

“Pakcik tu baru saja jumpa saya dalam dua minggu lepas dan walaupun ramai komen tapi saya tetap rindukan komen daripada arwah bapa saya,” kata Qi Razali.

Dalam pada itu, Qi memberitahu kerinduan terhadap arwah bapa makin menebal sewaktu melakonkan watak Isyak dalam filem Babah ini memandangkan sewaktu penggambaran pada tahun 2023 merupakan genap setahun pemergian bapanya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi