suria

Julia Farhana belum sedia timang anak, pakai alat perancang keluarga... Fokus belajar sampai PhD

BELUM merancang untuk memiliki cahaya mata, pelakon Julia Farhana menjelaskan buat masa ini dia mahu memberikan fokus sepenuhnya terhadap pengajiannya dalam bidang psikologi sehingga menggenggam ijazah doktor falsafah (PhD).

Tidak berselindung, Julia atau Julia Farhana Marin, 31, memberitahu dia memakai peranti intrauterin (IUD) iaitu alat perancang keluarga yang diletakkan di dalam rahim bagi mengelakkan kehamilan dalam masa terdekat.

"Sekarang ini saya memang ada pakai IUD. Saya memang merancang (untuk hamil) sebab belajar sangat stres. Sekarang ini sedang buat ijazah sarjana muda dan kalau ada rezeki mahu sambung sehingga PhD. Jadi, saya kena ambil masa lagi empat tahun.

"Tapi, jangan salah sangka dengan mengaitkan kami pada konsep 'childfree' pula. Ia tak macam itu sebab saya tetap teruja ingin bergelar ibu dan mempunyai cahaya mata dengan suami. Cuma, bukan waktu sekarang.

"Saya kalau boleh mahu menghabiskan pengajian kerana bila kita belajar memang ada tekanan dan perlu fokus. Lagi pula jika saya berhenti belajar seketika, agak sukar untuk diteruskan semula nanti," katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, suami Julia iaitu Dr Che Hafiz juga memahami perasaan isterinya dan tidak memberikan sebarang tekanan untuk mempunyai zuriat.

“Tiada tekanan daripada saya, dalam hubungan ini kami saling berbincang. Tetapi kalau ada rezeki, saya tidak menolak. Sekarang ini saya beri sokongan kepada isteri saya,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi