suria

Untung berwajah Jawa, Amir Ahnaf berlakon di Indonesia

TUAH disebabkan mempunyai darah dan muka seperti orang Jawa, pelakon Amir Ahnaf kini melebarkan sayap di Indonesia menerusi filem pertamanya berjudul Terkutuk.

Kata Amir atau Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 25, tidak mudah baginya untuk berlakon di Indonesia kerana perbezaan bahasa dan juga loghat.

“Mereka ambil saya sebab muka seperti Jawa. Filem tersebut berkenaan bangsa Jawa. Untungnya, nenek saya pun datang daripada Jawa, jadi saya ada darah itu.

“Susah sebenarnya nak berlakon di Indonesia, bukan setakat bahasa tetapi loghatnya lagi. Saya hanya diberi masa dua minggu sahaja untuk buat persediaan, memang tidak cukup,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, ditanya mengenai azam tahun 2025, Amir memaklumkan yang dia mahu mengembangkan lagi portfolionya sebagai pelakon sama ada drama mahupun filem.

Kata aktor itu, dia juga sedia untuk memberikan komitmen sepenuhnya dan cuba untuk memenuhi permintaan produksi berkenaan watak yang bakal dibawanya.

“Nabila Huda sangat beri inspirasi kepada saya. Kalau watak itu perlukan persiapan yang mantap dan sukar, saya akan buat juga. Jika produksi minta saya botak, saya akan buat sebab itu tuntutan kerja,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi