suria

Insiden ‘serang’ pengajaran hidup, Aqo Imran dekatkan diri dengan Allah

SUSULAN insiden serangan terhadap dua pereka fesyen, jurugambar Aqo Imran tetap meluahkan rasa bersyukur kerana dikurniakan isteri dan sahabat yang sentiada berada disisinya.

Aqo atau Muhamad Imran Khairil, 30, berkata kejadian itu memberikan banyak pengajaran buat dirinya malah memilih lebih berwaspada dalam melakukan sesuatu tindakan.

“Alhamdulilah saya menjalani kehidupan seperti biasa, makan dan minum cukup manakala emosi pun tidak terganggu sebaliknya saat ini lebih dekatkan diri dengan Allah dan menjadikan satu pengajaran buat saya.

“Saya sangat bersyukur kerana dikurniakan isteri yang memahami dan memang betul itulah jodoh saya malah keluarga juga banyak membantu, tak sangka pertolongan ghaib Allah ini memang benar sebab Allah hadirkan ramai insan baik untuk mendekati saya,” katanya kepada mStar.

Aqo bagaimanapun memilih untuk tidak mengulas lanjut berhubung isu pertuduhan mencederakan dua pereka fesyen iaitu Razman Razmi memandangkan kes ini masih lagi dalam siasatan.

“Minta maaf sebab tak boleh nak ulas lanjut sebab masih lagi dalam siasatan,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi