KEBAIKAN penyanyi Taylor Swift mendapat perhatian ramai apabila memberi ganjaran bonus kepada kru menjayakan konsert jelajah Eras Tour yang berlangsung sejak Mac 2023. Taylor, 36, dilaporkan memperoleh keuntungan kasar sebanyak AS$2 bilion (RM9 bilion), mengagihkan sebanyak AS$197 juta (RM888 juta) sebagai bonus kepada pekerjanya. Kebaikan Taylor itu turut didedahkan seorang kru yang terharu penyanyi tersebut turut memaklumkan ganjaran bonus menerusi nota tulisan tangan. Surat yang ditulis oleh pihak Taylor. Taylor mengucapkan terima kasih atas usaha keras dilakukan dan memberi hadiah berupa wang tunai sebanyak AS$100,000 (RM450,895) kepadanya. "Robert, terima kasih atas kerja hebat anda semasa jelajah Eras Tour. Bonus yang layak untuk anda adalah sebanyak AS$100,000," tulisnya. Rata-rata peminat teruja dengan perkara tersebut dan mendoakan supaya Taylor dimurahkan rezeki. ARTIKEL BERKAITAN: Zip baju terbuka ketika asyik menyanyi, peminat kagum tindakan pantas penari Taylor Swift ARTIKEL BERKAITAN: 2 kali tak datang perlawanan kekasih, hubungan Taylor Swift dan Travis Kelce dilaporkan bermasalah "Hebatnya Taylor! Semoga dia dapat buat banyak untung bagi konsert seterusnya. "Terima kasih Taylor sudah membantu kru-kru konsert. Awak memang hebat!,” komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!