suria

Kerap habis masa bersama, peminat syak Rose dan Evan Mock bercinta

Selepas tamat penggambaran video muzik, Rose didakwa bercinta dengan Evan.

SPEKULASI mengenai hubungan di antara penyanyi Rose Blackpink dan pelakon Evan Mock semakin hangat diperkatakan.

Ramai yakin kedua-kedua mereka mempunyai hubungan selepas mereka dilihat memakai rantai sepadan selain Rose mengenakan pakaian jenama milik Evan iaitu Wahine.

Spekulasi semakin memuncak apabila tersebar foto Rose menyambut tahun baru bersama keluarga Evan di Hawaii dipercayai dimuat naik oleh ahli keluarga aktor tersebut.

Untitled design (4)

Foto Rose menyambut tahun baru bersama keluarga Evan di Hawaii.

Bagaimanapun foto itu sudah pun dipadam.

Sehingga kini, Rose dan Evan belum mengeluarkan kenyataan rasmi tentang gosip mengaitkan mereka.

Kedua-duanya pertama kali bertemu semasa penggambaran video muzik Rose bertajuk 'Toxic Till The End' yang dilancarkan pada 6 Disember 2024.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagu baharu Rose buat peminat berteka-teki, percaya Jaden Smith bekas kekasihnya

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan senang gerak solo... Rose (Blackpink) tak percaya Taylor Swift mahu bantu, siap bagi nombor telefon peribadi

Dalam video muzik tersebut, Evan memainkan peranan sebagai bekas kekasihnya.

Setelah video muzik tersebut dilancarkan, Rose dan Evan dilihat bersama di beberapa lokasi termasuk di New York dan Hawaii sekali gus menambah lagi desas-desus mengenai hubungan mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain