suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan senang gerak solo... Rose (Blackpink) tak percaya Taylor Swift mahu bantu, siap bagi nombor telefon peribadi

Rose Blackpink teruja Taylor Swift kongsi nomber telefon.

BEKAS anggota kumpulan Blackpink iaitu Rose tidak menyangka penyanyi Taylor Swift sanggup membantu perjalanan karier solonya.

Selepas keputusan keluar daripada kumpulan itu, Rose, 27, mengakui mengalami tekanan dan penyanyi itu merupakan individu yang tampil menghulurkan bantuan.

Menerusi sesi temubual bersama i-D magazine, Rose mendedahkan Taylor juga memberikan nombor peribadi dan sedia dihubungi pada bila-bila masa.

830 x 533 - 1

Taylor Swift nasihat Rose Blackpink.

"Taylor beri saya nomber telefonnya dan cakap jika ada sebarang soalan boleh mesej dia, macam tak percaya sebab dia Taylor Swift kan.

"Dia(Taylor) cuba untuk lindungi saya dan dia macam tahu kesusahan untuk bergerak solo ini bukannya mudah," kata Rose.

Dalam pada itu, Rose mengakui sejak keluar daripada Blackpink, dia menjadi lebih berhati-hati terutamanya apabila berdepan dengan umum.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat pertikai perubahan wajah Rose Blackpink, dituduh buat pembedahan kelopak mata

ARTIKEL BERKAITAN: Rose Blackpink obses dengan ketumbar, cadang buka kebun sendiri

"Banyak perkara yang perlu dititik beratkan dan kena berhati-hati malah Taylor juga ada berikan beberapa tip untuk dilakukan bila bergerak secara solo ni," ujarnya.

Selain Rose, Blackpink turut dianggotai oleh Lisa, Jennie dan Jisso.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain