suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Puteri cantik kami dilahirkan sihat” - Song Joong Ki kongsi berita gembira, isteri bersalin anak kedua

Song luah rasa syukur atas kelahiran anak keduanya.

ISTERI kepada pelakon Song Joong Ki iaitu Katy Louise Saunders selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Rom, Itali pada Rabu.

Meluahkan rasa syukur atas kelahiran bayi perempuan itu, Joong Ki, 39, memberitahu isteri dan anaknya itu berada dalam keadaan baik.

"Saya kini berada di Rom dan baru setahun lebih sejak saya bertemu anak pertama saya disini, saya dikurniakan seorang lagi bayi yang cantik.

Untitled design (11)

Song dan Saunders menimang anak pertama pada Jun 2023.

"Puteri cantik kami dilahirkan dengan sihat.

"Isteri dan bayi saya berada dalam keadaan baik dan sedang berehat," katanya menerusi laman komuniti peminatnya.

Dalam pada itu, rata-rata peminat menyatakan ucapan tahniah kepada mereka atas kelahiran bayi baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Song Joong Ki dan isteri hitung hari timang anak kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa sudah ada anak... netizen tak henti ‘korek’ cerita kekasih Song Joong Ki

"Tahniah Song Joong Ki mendapat anak kedua.

"Tahniah! Semoga bayi dan Saunders sihat selalu," komen netizen.

Untuk rekod, Song dan Katy Louise Saunders mendirikan rumah tangga pada Januari 2023 dan menimang cahaya mata pertama mereka pada Jun 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain