suria

Peminat puji usaha Billy Syahputra ajar kekasih tentang Islam sebelum kahwin

Netizen puji Billy mengajar kekasihnya membaca Al-Quran.

PELAKON Indonesia Billy Syahputra mencuri perhatian ramai selepas berkongsi klip video mengajar teman wanitanya yang berlainan agama membaca al-Quran.

Klip video dimuat naik oleh Syahputra di media sosial miliknya menunjukkan dia sabar membimbing kekasihnya melafazkan ayat-ayat suci dengan sebutan yang tepat.

Pelakon itu juga dilihat mengajak teman wanitanya iaitu Vika Kolesnaya mengunjungi masjid bagi mendalami agama Islam.

Untitled design (1)

Billy berkongsi perkara itu menerusi akaun YouTube miliknya.

Tindakan ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji usaha Billy membimbing Vika sebelum wanita itu memeluk Islam.

Namun, ada juga mengingatkan tentang pentingnya menjaga sensitiviti agama dalam hubungan berlainan pegangan agar tidak timbul salah faham dalam kalangan masyarakat.

"Ini adalah langkah kecil tetapi sangat bermakna dalam memperkenalkan nilai-nilai Islam kepada orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun peluk Islam, suami Lana Nodin tunjuk banyak perubahan... Jaga solat dan mampu didik anak ilmu agama

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri Keith Foo peluk Islam 24 Oktober lalu

"Bagus kalau dilakukan dengan niat yang baik, tapi pastikan semua dilakukan dengan hikmah dan rasa hormat kepada kepercayaan masing-masing," komen netizen.

Hubungan Billy dan Vika bermula sejak tahun lalu apabila mereka sama-sama terbabit dalam dunia permodelan.

Vika merupakan model asal Belarus dan beragama Kristian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain