suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tom Holland jumpa bapa Zendaya minta izin, sudah sedia bergelar suami

Tom dan Zendaya sah sudah bertunang.

BAPA kepada Tom Holland mengesahkan pelakon itu sudah mengikat tali pertunangan dengan aktres Zendaya.

Dominic Holland, 57, memaklumkan Tom juga sudah bertemu dengan bapa Zendaya berhubung niatnya mahu memperisterikan aktres tersebut.

Malah Tom dan Zendaya sudah merancang mengenai majlis perkahwinan mereka.

NP (79)

Tom dan Zendaya mula bercinta pada 2021.

“Seperti yang semua tahu, Tom memang sangat bersedia (bergelar suami) dan sudah pun membeli sebentuk cincin buat Zendaya.

“Tom juga sudah bertemu dengan bapa Zendaya bagi mendapatkan kebenaran berkahwin dengan anak perempuannya.

“Tom sudah merancang semuanya! Tarikh, lokasi, pakaian dan ucapannya nanti,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sarung cincin di jari manis, Zendaya beri bayangan kini bergelar tunang Tom Holland

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan berjauhan, Tom Holland kini tinggal sebumbung dengan Zendaya

Sebelum ini, Zendaya, 29, mencetuskan khabar angin sudah bertunang apabila dia menghadiri Anugerah Golden Globes dengan memakai cincin berlian berkilauan di jari manisnya.

Untuk rekod, Tom, 29, dan Zendaya mula rapat ketika bertemu di set filem Spider-Man: Homecoming pada tahun 2016.

Pasangan itu kemudiannya memaklumkan mereka sedang bercinta pada 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain