suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enggan berjauhan, Tom Holland kini tinggal sebumbung dengan Zendaya

Tom dan Zendaya kini tinggal sebumbung walaupun masih belum berkahwin.

PELAKON Tom Holland dan teman wanitanya iaitu Zendaya kini tinggal bersama walaupun belum ada perancangan untuk melangsungkan perkahwinan.

Sumber terdekat pasangan itu mendedahkan Tom sudah berpindah masuk ke kediaman Zendaya sejak tahun lalu kerana enggan berjauhan.

"Merekda berdua sangat sibuk sehingga merasakan idea tinggal bersama adalah terbaik buat masa ini.

Tom Holland bahagia tinggal bersama Zendaya

Tom Holland dan Zendaya menjalinkan hubungan sejak empat tahun lalu.

"Pun begitu, Tom dan Zendaya belum terfikir mengakhiri percintaan mereka dengan perkahwinan," kata sumber tersebut.

Dalam pada itu, sumber itu turut memberitahu Zendaya sangat mencintati Tom dan menyifatkan kehadiran pelakon asal United Kingdom itu sebagai hadiah.

ARTIKEL BERKAITAN: Zendaya ‘unfollow’ teman lelaki di IG, Tom Holland pula kata masih bersama

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan cinta semakin serius, Tom Holland dan Zendaya beli rumah bersama

Malah dia akan tetap memilih Tom jika diberi pilihan berbanding perkara lain di dalam dunia ini.

Tom dan Zendaya pernah berlakon bersama dalam filem Spider-Man: Homecoming pada 2016 dan mula menjalinkan hubungan pada 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain