suria

Hubungan cinta semakin serius, Tom Holland dan Zendaya beli rumah bersama

Timbul spekulasi pasangan itu bakal berkahwin.

HUBUNGAN cinta antara pelakon Tom Hollond dan aktres Zendaya kini memasuki fasa baharu yang lebih serius.

Memetik laporan BuzzFeed, pasangan selebriti Hollywood terkenal itu dikatakan sudah membeli rumah idaman bersama.

Difahamkan, selepas beberapa ubah usai, kediaman pasangan itu lengkap dengan gimnasium, pawagam dan enam bilik tidur.

Pembelian rumah tersebut menimbulkan spekulasi bahawa Tom dan Zendaya bakal melansungkan perkahwinan.

Bagaimanapun sehingga kini, kedua-dua selebriti terkenal itu masih mengunci mulut mengenai perkara tersebut.

Untuk rekod, pasangan tersebut secara rasmi menjalinkan hubungan cinta sejak Julai tahun lalu selepas aksi mesra mereka sempat dirakam paparazi.

Tom dan Zendaya mula mengenali satu sama lain sejak 2016 selepas mereka membintangi filem Spider-Man: Homecoming.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain