suria

Pertama kali tunai umrah, kecantikan Mahalini bertudung dipuji peminat

Mahalini dan suami rakam kenangan pertama di Tanah Suci Makkah.

NAMA penyanyi Mahalini sekali lagi menjadi bualan netizen apabila dia bersama suami, Rizky Febian menunaikan umrah di Makkah.

Menerusi hantaran di Instagram, Rizky meluahkan rasa syukur kerana dapat ke Tanah Suci bersama isterinya.

"Alhamdulillah. Pertama kalinya bawa isteri untuk ibadah umrah," tulisnya.

Mahalini dan Rizky tunai umrah bersama rakan-rakan.

Mahalini dan Rizky tunai umrah bersama rakan-rakan.

Lebih menarik perhatian apabila penampilan Mahalini bertudung dan menutup aurat dengan sempurna sekali gus memancarkan seri wajahnya.

Penampilannya itu meraih perhatian ramai yang rata-rata memuji kecantikannya.

"Semakin cantik dan berseri wajah ibu mengandung. Tudung dan tutup aurat sesuai dengan dia.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas nikah semula, Mahalini umum hamil anak pertama

ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Febian dan Mahalini akhirnya nikah semula

"Tengok sekali imbas tak kenal, cantik sangat muka dia pakai tudung,” antara komen netizen.

Mahalini atau Ni Luh Ketut Mahalini Ayu Raharja sebelum ini merupakan seorang penganut agama Hindu.

Dia memeluk Islam sebelum bernikah dengan Rizky 5 Mei 2024.

Pasangan ini kemudian dilaporkan bernikah sekali lagi pada 27 Disember lalu selepas pernikahan mereka didapati tidak sempurna dari segi rukun nikah ditetapkan dalam agama Islam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain