suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelakon filem ‘Miracle in Cell No. 7’ Lee Yoon Hee meninggal dunia

Yoon Hee meninggal dunia pada usia 64 tahun.

PELAKON veteran Lee Yoon Hee dilaporkan meninggal dunia pada pagi Sabtu.

Allkpop melaporkan pemergian mendiang berlaku secara mengejut dan siasatan akan dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya.

Ia susulan Yoon Hee tidak mempunyai sebarang sejarah penyakit.

Untitled design (6)

Agensi luah rasa sedih atas pemergian Yoon Hee.

Mendiang berusia 64 tahun.

Berita kematian Yoon Hee juga mengejutkan susulan mendiang baharu sahaja menandatangani kontrak eksklusif dengan syarikat pengurusannya iaitu Beom Entertainment.

Yoon Hee dilahirkan pada 28 Januari 1960 di Seoul, Korea Selatan memulakan kerjanya seni di pentas teater pada 1985 sebelum beralih ke layar perak.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon veteran Kim Soo Mi meninggal dunia akibat serangan jantung

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Song Jae Rim ditemukan mati, sempat tinggal sepucuk surat

Beliau debut sebagai pelakon skrin pada 2007 dengan membintangi filem "Secret Sunshine" yang mengukuhkan kedudukannya dalam industri hiburan.

Sepanjang kerjaya lakonannya, Yoon Hee telah terlibat dalam pelbagai filem dan drama dengan penampilan sering mendapat pujian kerana keupayaannya membawa watak-watak versatil.

Sementara itu, Beom Entertainment meluahkan kesedihan atas kehilangan pelakon itu sambil menyatakan bahawa pemergiannya satu kehilangan besar buat dunia hiburan.

Dikhabarkan pengebumian pelakon filem Miracle in Cell No. 7 ini akan diadakan pada 13 Januari ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain