suria

Demi kucing kesayangan, pelakon Gossip Girl sanggup redah api

Samantha ambil masa 20 minit untuk selamatkan kucing kesayangan.

PELAKON Samantha Rose Baldwin bertindak berani apabila meluru masuk ke kediamannya yang sedang dijilat api demi menyelamatkan kucing kesayangannya di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Cerita Samantha, dia terpaksa berdepan pelbagai rintangan sebelum dapat masuk ke rumahnya susulan keadaan kecoh dengan orang ramai berlari menyelamatkan diri.

Samantha yang popular menerusi drama Gossip Girl memberitahu dia sedar tindakan itu merbahaya namun tidak rela berpisah dengan kucing yang sudah dibela sejak 10 tahun lalu.

smantha 1

Samantha bersama kucing kesayangannya.

"Saya memandu dari Hollywood Barat ke Pacific Palisades selama beberapa jam dan meninggalkan kereta di tepi jalan sebelum berlari ke arah rumah saya.

"Ketika itu banyak kenderaan tidak bergerak kerana mereka ingin menyelamatkan diri sehingga membuatkan saya keluar berlari," katanya memtik Daily Mail.

Berkongsi lebih lanjut, Samantha berkata ketika tiba di rumah kucingnya sedang bersembunyi di dalam sofa.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah Paris Hilton hangus dijilat api, sedih banyak kenangan musnah

ARTIKEL BERKAITAN: Tertembak kru filem, Alec Baldwin fail saman terhadap pendakwa raya

"Saya perlukan masa 20 minit untuk selamatkannya sebelum bungkus dengan selimut dan membawa ia keluar," ujarnya lagi.

Sejak Selasa lalu, kebakaran hutan di Los Angeles telah mengorbankan sekurang-kurangnya 11 orang dan 180,000 mangsa terpaksa berpindah akibat kediaman mereka hangus terbakar.

Selain Samantha, ramai rumah selebriti terkenal turut hangus dijilat api seperti Paris Hilton, Jamie Lee Curtis, Mandy Moore, Adam Brody, Jennifer Love Hewitt dan Anna Faris.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain