suria

Tak tahu carik isi ayam, Nia Ramadhani kena perli dengan isteri Raffi Ahmad

Nia hanya membalas senyuman ketika ditanya Nagita.

GELAGAT manja pelakon Nia Ramadhani dalam menjalani aktiviti sehariannya sering menjadi perhatian sehingga adakalanya mengundang kecaman netizen.

Terbaharu Nia kena kutuk dengan orang ramai apabila dilihat kekok ketika cuba mencarik daging ayam menggunakan tangan.

Kejadian itu berlaku ketika Nia bersama keluarganya menikmati juadah ayam penyet di restoran milik pelakon Raffi Ahmad.

noia 1

Nia ayam siap dicarik sebelum makan.

Pembantu Nia kemudiannya membantu pelakon itu memudahkannya menikmati makanan dipesan.

Gelagat Nia itu dikongsi isteri Raffi iaitu Nagita Slavina yang sempat menyapa Nia ketika dia sedang makan.

Malah Nagita dilihat sempat memerli Nia yang tidak tahu meracik isi ayam sendiri.

"Kenapa? Tak boleh carik ayam sendiri?," soal Nagita kepada Nia.

ARTIKEL BERKAITAN: Tegur wanita abai penampilan selepas kahwin, Nia Ramadhani tak layak beri nasihat - “Suami kau kaya raya!”

ARTIKEL BERKAITAN: Berparti sakan sehari sebelum puasa, nama Nia Ramadhani dianggap tak sesuai perangai

Sedar aksinya sedang dirakam, Nia hanya membalas dengan senyuman manis sambil menjeling ke arah pembantunya yang sedang mencarik ayam untuknya.

Dia juga meminta pembantunya mencarik daging tersebut menggunakan tangan tanpa bantuan sudu dan garfu.

"Awak boleh guna tangan saja, tak perlu guna sudu dan garfu," katanya.

Susulan perkongsian tersebut, ramai mengecam Nia yang dianggap pemalas dan bukannya tidak mengetahui cara mencarik ayam.

nia 11

Suami Nia iaitu Ardi Bakrie merupakan orang kaya.

Malah ramai membanding-bandingkan kehidupan Nia dengan Nagita yang sememangnya dilahirkan dalam keluarga berada.

"Nia bukannya lahir terus kaya macam Nagita! Rumah punya menyewa. Dia bernasib baik berkahwin dengan orang kaya.

"Dia sebenarnya pemalas, bukannya tak tahu carik ayam. Semua nak harapkan pembantu," antara komen netizen.

Sebelum ini Nia pernah menjadi perhatian apabila tidak tahu mengupas buah salak yang cukup popular dalam kalangan masyarakat di Indonesia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain