PELAKON Alec Baldwin memfailkan saman terhadap seorang pendakwa raya serta beberapa pegawai polis yang didakwa berniat jahat terhadapnya. Alec mendakwa berlaku pelanggaran hak sivil dalam perbicaraan membabitkan dia tertembak mati seorang kru produksi filem lakonannya iaitu Rust empat tahun lalu. Dalam tuntutan tersebut, pendakwa raya berkenaan dikenali sebagai Kari Morrissey dan Korporal Alexandria Hancock serta beberapa pegawai polis lain cuba menyumbunyikan bukti kes. Alec menuntut ganti rugi dalam tuntutan saman berkenaan. Ia sekali gus menjejaskan perjalanan perbicaraan tahun lalu. Susulan itu, Alec dalam tuntutannya menuntut ganti rugi daripada kesemua defendan atas tuduhan berniat jahat, cubaan memusnahkan bukti dan fitnah. ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Alec Baldwin tertembak mati kru ketika penggambaran filem Rust ARTIKEL BERKAITAN: Alec Baldwin tidak rasa bersalah insiden tembakan di set ‘Rust’, pelik siapa bawa pistol isi peluru hidup Pada 21 Oktober 2021, pengarah sinematografi dikenali sebagai Halyna Hutchins terbunuh dalam tragedi tembakan pistol Alec semasa pengambaran filem Rust. Selain mendiang Halyna, pengarah filem tersebut iaitu Joel Souza turut cedera dalam insiden berkenaan. Tragedi itu telah mengejutkan Hollywood dan membawa kepada gesaan agar senjata sebenar dilarang dibawa masuk ke set penggambaran. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!