suria

Pelakon Alec Baldwin tertembak mati kru ketika penggambaran filem Rust

Alec Baldwin tertembak kru dan pengarah ketika penggambaran filem Rust.

PENGARAH Sinematografi Halyna Hutchins terbunuh dalam insiden yang melibatkan pistol prop di set penggambaran di New Mexico pada Khamis.

Menurut Jabatan Polis Santa Fe, tembakan itu berpunca daripada pistol pelakon utama Alec Baldwin semasa penggambaran filem terbaharu Rust.

ARTIKEL BERKAITAN: Jet Li belajar bahasa Inggeris ketika usia 35 tahun... kejar cita-cita jadi pelakon Hollywood

Halyna, 42, disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke Hospital Universiti New Mexico.

Selain itu, pengarah filem, Joel Souza, 42, pula cedera dan kini menerima rawatan di Hospital Christus St Vincent.

A woman has died after being shot during the filming of a movie starring Alec Baldwin. Photo: AFP

Alec membawa watak utama dalam filem Rust.

"Kami menerima berita buruk hari ini, salah seorang anggota kami, Halyna Hutchins iaitu pengarah sinematografi untuk filem Rust di New Mexico meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami di lokasi penggambaran."

"Perinciannya masih tidak jelas, kami akan membantu siasatan penuh kejadian ini," ujar pengarah eksekutif Rebecca Rhine dalam satu kenyataan.

Anggota polis tiba ke set penggambaran yang terletak di Bonanza Creek Ranch selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira 1.50 petang waktu tempatan.

Polis dalam satu kenyataan mengesahkan dua individu ditembak dalam kejadian itu.

Menurut penyiasat, adegan tersebut melibatkan penggunaan senjata api sebagai prop dan masih menyiasat jenis senjata api yang digunakan.

"Kami telah merakam kenyataan Baldwin dan dia telah dibebaskan.

"Buat masa ini tiada tangkapan dibuat berhubung isu berkenaan," ujar polis.

Set penggambaran tersebut kini ditutup untuk penyiasatan.

Awal bulan ini penggambaran filem Rust disambung semula selepas dihentikan gara-gara penularan Covid-19.

Filem berkenaan melibatkan 75 kru, 22 pelakon dan 230 pelakon tambahan.

Rust ditulis dan diarah oleh Joel Souza, mengisahkan seorang penjenayah dalam buruan Harland Rust dan cucunya yang berusia 13 tahun.

Selain Baldwin filem tersebut turut dibintangi oleh Jensen Ackles, Brady Noon, Frances Fisher dan Travis Fimmel. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain