suria

Ma Dong Seok tak sangka Angelina Jolie mengaku peminatnya

Ma Dong Seok teruja apabila Angelina Jolie memberitahu dia adalah peminatnya.

BEKERJASAMA dengan Angelina Jolie dalam filem Marvel berjudul The Eternals, aktor Korea terkenal Ma Dong Seok memuji sikap aktres tersebut.

Memetik laporan Soompi, Ma Dong Seok mendedahkan Angelina sentiasa mengutamakan orang lain sepanjang penggambaran filem tersebut.

"Angelina seorang pelakon yang luar biasa. Dia juga seorang yang sangat baik. Dia sentiasa memberi perhatian terhadap orang lain.

"Dia juga akan memastikan semua pelakon dalam keadaan selesa. Saya sudah lama berada di industri ini dan Angelina pelakon antarabangsa.

"Tapi saya rasa macam kami sudah lama berkawan dan bekerjasama untuk kali pertama setelah sekian lama," katanya.

Dalam pada itu, Ma Dong Seok turut meluahkan rasa teruja dan gembira apabila Angelina mengakui dia merupakan salah seorang peminatnya.

"Saya sangat bersyukur kerana Angelina Jolie memberitahu saya bahawa dia telah melihat karya-karya saya sebelum ini dan dia juga peminat saya.

"Saya rasa kami mempunyai keserasian dalam lakonan," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain