suria

Bekas kekasih serba salah, pendedahan musnahkan kerjaya Kim Seon-ho

Kim Seon-ho terpalit dengan kontroversi disaat namanya sedang melonjak naik.

SELEPAS menerima ugutan bunuh gara-gara pendedahan mengenai Kim Seon-ho, bekas kekasih kepada pelakon itu bakal mengambil tindakan undang-undang.

Memetik laporan Soompi, wanita yang tidak didedahkan identiti itu juga memberitahu dia sudah menerima permohonan maaf daripada aktor tersebut.

Malah wanita tersebut juga mengambil keputusan untuk memadam semula pendedahannya di laman sosial.

"Saya minta maaf kerana secara tidak sengaja menggores hati ramai pihak dengan pendedahan saya itu. Dulu kami pernah dilamun cinta.

"Jadi, saya rasa serba salah melihat keadaan sekarang disebabkan pendedahan yang saya buat itu. Saya sudah menerima permohonan maaf dia.

"Saya rasa ada sedikit salah faham. Saya tidak mahu apa-apa selain kebenaran. Ramai orang terluka disebabkan perkongsian saya itu.

"Jadi, saya akan padam perkongsian itu nanti," tulisnya.

Sebelum ini, pelakon Hometown Cha-Cha-Cha itu mengaku memaksa bekas kekasihnya untuk melakukan pengguguran dan meminta maaf secara terbuka kepada wanita itu serta peminat atas kecuaiannya.

Pelakon yang popular dengan watak Hong Banjang membuat kenyataan melalui agensi pengurusannya, Salt Entertainment pada Rabu iaitu selepas tiga hari gosip tentang perkara itu tersebar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain