suria

Siti Badriah mengidam makan ubi madu dari Puncak Bogor, suami layan permintaan pelik isteri mengandung

Suami layan permintaan isteri mengidam.

SAMA seperti ibu hamil lain, penyanyi dangdut dari Indonesia iaitu Siti Badriah mengakui turut berdepan alahan dan mengidam makanan pelik.

Menurut laporan Tabloid, Siti Badriah atau lebih mesra disapa Sibad memberitahu dia mengidam untuk menikmati ubi madu Cilembu yang dibeli terus dari Puncak Bogor, Jawa Barat.

Kata Sibad, suaminya iaitu Krisjiana Baharudin tidak menolak permintaan tersebut dan berusaha mendapatkan ubi madu yang terkenal di daerah berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun berkahwin, Siti Badriah umum hamil anak pertama

"Alhamdulillah anak saya tak menyusahkan dengan permintaan pelik-pelik cuma ada satu... saya mahu ubi cilembu di Puncak," katanya.

Mahu memenuhi permintaan isteri tersayang, Krisjiana membawa penyanyi lagu Lagi Syantik ini mendapatkan ubi berkenaan kerana bimbang jika isterinya pergi sendirian.

"Sebab tak boleh menunggu, semasa hari tiada penggambaran saya terus ajak isteri ke Puncak, jadi kami ke sana dan tidur semalaman... cuma sekali gigit sahaja dia kata, aku sudah happy!" ceritanya.

Pada 12 Oktober lalu, Siti Badriah mengumumkan dirinya sudah hamil 17 minggu.

Siti Badriah berkahwin dengan Krisjiana pada 25 Julai 2019.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain