suria

Tiada ‘mood’ sambut Deepavali, isteri Shah Rukh Khan larang tukang masak makan manisan sehingga Aryan bebas penjara

Seluruh anggota keluarga berharap Aryan dapat kembali sebelum perayaan Deepavali.

BAKAL menyambut Deepavali tidak lama lagi, keluarga bintang Bollywood Shah Rukh Khan difahamkan tidak akan meraikan perayaan tersebut.

Isteri kepada Shah Rukh Khan iaitu Gauri Khan dilaporkan melarang tukang masak di kediaman mereka daripada menghidangkan sebarang juadah manisan sehinggalah Aryan yang kini ditahan di Penjara Arthur Road, Mumbai susulan kes dadah, pulang.

Difahamkan Gauri mengeluarkan arahan itu selepas mendapati tukang masak di kediamannya sedang memasak kheer, iaitu sejenis puding manis popular di India untuk makan tengah hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Penjara bimbang kesihatan dan kebersihan Aryan terjejas, anak Shah Rukh Khan masih tak lalu makan

Manisan merupakan makanan wajib kepada masyarakat India di seluruh dunia terutamanya ketika mengadakan upacara keramaian termasuk perkahwinan dan keagamaan.

Malah manisan juga menjadi simbolik untuk menggambarkan rasa gembira dan kesyukuran.

Bollywood King Shah Rukh Khan with his wife, Gauri Khan.

Shah Rukh Khan dan isterinya Gauri Khan.

Sebelumnya, dilaporkan bahawa Gauri turut membuat hajat untuk Aryan dan berdoa ketika perayaan Navratri.

Dia juga berhenti mengambil gula sejak Navratri bermula pada 7 Oktober.

Keluarga itu mengharapkan Aryan dapat dibebaskan dan kembali bersama keluarga sebelum sambutan Deepavali yang bakal menjelang.

Terdahulu, Shah Rukh Khan difahamkan meminta rakan selebriti yang lain untuk tidak mengunjungi kediamannya buat seketika, dan mahu meluangkan masa bersama keluarga ketika waktu genting ini.

Pada 3 Oktober lalu, Aryan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita ditahan anggota polis dari Biro Kawalan Narkotik (NCB) di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai.

NCB turut merampas 13 gram kokain, 21 gram charas (kanabis pekat), 22 pil methamphetamine, 5 gram dadah jenis mephedrone dan lebih 1.3 juta lakh Rupee dalam serbuan itu. -Times Of India

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain