suria

Kim Seon-ho mengaku paksa bekas kekasih gugur kandungan, hilang tawaran kerja dan kontrak iklan sekelip mata

Kim Seon-ho mohon maaf kepada bekas kekasih dan peminatnya. - Foto Salt Entertainment

PELAKON Hometown Cha-Cha-Cha, Kim Seon-ho mengaku memaksa bekas kekasihnya untuk melakukan pengguguran dan meminta maaf secara terbuka kepada wanita itu dan peminatnya atas kecuaiannya.

Pelakon yang popular dengan watak Hong Banjang membuat kenyataan melalui agensi pengurusannya, Salt Entertainment pada Rabu iaitu selepas tiga hari gosip tentang perkara itu tersebar.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah dalam drama ‘Hometown Cha-Cha-Cha’ kena serbu peminat, penghuni mula rasa terganggu

"Saya bercinta dengannya dengan penuh kasih sayang,"

"Tetapi saya menyakitinya kerana tingkah laku saya yang tidak bertanggungjawab," ujarnya.

Tambahnya, dia ingin memohon maaf kepada bekas kekasihnya itu secara peribadi namun tidak dapat menghubungi wanita itu.

"Saya seharusnya meminta maaf kepadanya secara langsung.

"Walaupun begitu, saya ingin meminta maaf dengan tulus melalui pernyataan bertulis ini," ujarnya.

Ini merupakan kenyataan pertama aktor itu mengenai isu tersebut selepas seorang wanita mengakui bekas kekasih Kim memuat naik satu posting di Internet pada Ahad lalu.

kim2

Kim Seon-ho

Dia menuduh aktor itu memaksanya melakukan pengguguran ketika mereka bercinta.

Wanita itu hanya memberi bayangan sebagai 'aktor K', namun selepas siaran itu tersebar dalam talian ramai yang membuat spekulasi bahawa pelakon dimaksudkan merujuk kepada Kim.

Sementara itu dalam kenyataan yang sama, Kim juga meminta maaf kerana mengecewakan peminat-peminat yang banyak memberi sokongan terhadap kerjaya seninya.

"Saya minta maaf kerana mengecewakan peminat yang sentiasa menyokong saya,"

"Dan saya ingin meminta maaf kepada rakan-rakan yang bekerja dengan saya," ujarnya.

Saya minta maaf kerana mengecewakan peminat yang sentiasa menyokong saya.

Kim Seon-ho

PELAKON

Sementara itu, penerbit 2 Days 1 Night di KBS memberitahu pelakon itu akan meninggalkan rancangan realiti popular yang dibintanginya sejak 2019.

"Kami telah memutuskan untuk membuang Kim.

"Kami akan memotong dia dari rancangan yang akan datang sebanyak mungkin untuk mengurangkan ketidakselesaan penonton kami," ujarnya.

Selain itu, Kim dijangka digugurkan daripada projek filemnya akan datang termasuk komedi romantis 2 O'Clock Date.

Sejak tersebarnya tuduhan itu, beberapa syarikat telah menurunkan iklan yang dibintangi aktor tersebut.

Domino's Pizza Korea turut membuang iklan dan gambar Kim dari halaman dalam talian dan iklan media sosial.

Sementara, syarikat e-dagang 11Street telah menarik balik catatan dan foto menampilkan Kim.

Jenama pakaian luar NAU dan syarikat penjagaan kulit La Roche-Posay juga melakukan tindakan serupa. - The Korean Times

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Messi menang anugerah Ballon d'Or