suria

Twinkle Khanna bandingkan penahanan Aryan Khan dengan episod Squid Games

Twinkle Khanna anggap penangkapan Aryan tiada bukti kukuh.

KETIKA ramai selebriti Bollywood memberi sokongan kepada anak kepada Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan, Twinkle Khanna yang juga seorang penulis membandingkan penangkapan Aryan dengan sebuah drama bersiri Squid Games yang popular di Netflix.

Menerusi perkongsian Khanna di Instagram miliknya, dia tidak percaya dan tidak sangka ketika membaca berita tentang penangkapan anak Shah Rukh Khan.

Dia membandingkan situasi itu dengan salah satu permainan 'Guli' yang terdapat dalam drama Squid Games.

“Setiap pemain diberi sepuluh biji guli dan mesti mendapatkan guli lawan mereka dengan bertanding dalam permainan mana pun yang mereka pilih.

"Dalam episod ini, salah satu calon yang paling kuat adalah orang yang tidak berupaya dan akhirnya akan kehilangan gulinya.

"Saya seolah-olah tidak sangka dan percaya ketika membaca berita mengenai penangkapan anak lelaki Shah Rukh Khan," tulisnya pada ruangan kapsyen.

Dia menganggap penangkapan tersebut adalah tidak adil kerana Aryan dipenjara tanpa bukti terhadapnya dan terpaksa di penjara selama dua minggu.

Aryan ditangkap oleh NCB pada 3 Oktober. Dia telah menghabiskan 17 hari dalam tahanan dan mahkamah khas akan mendengar pengakuan jaminannya pada 20 Oktober. - THE INDIAN EXPRESS

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain