suria

Dua ahli kumpulan meninggal dunia, Dadali Band teruskan kerjaya nyanyian demi bantu keluarga arwah

Dyrga dan Rickjard akan terus bawa nama kumpulan Dadali Band.

KUMPULAN Dadali Band akan terus berjuang dalam arena muzik meskipun kehilangan dua ahli iaitu Yuda dan Rix pada Julai lalu.

Menurut laporan Liputan6, vokalis Dadali Band iaitu Dyrga dan gitaris, Rickarjd memberitahu mereka akan terus berkarya demi membela hidup keluarga arwah Yuda dan Rix.

"Saya fikir arwah ada meninggalkan isteri dan anak-anak, harus dibiayai persekolahan dan lain-lain.

"Jadi Dadali Band perlu terus berjalan supaya isteri dan anak-anak tetap merasakan rezeki dan diberi nafkah," kata Dyrga.

dadali 3

Kumpulan Dadali, (dari kiri) Fadel, Yuda, Dyrga, Rickarjd, Oqram dan Ricky.

Dalam pada itu Dyrga turut memaklumkan kumpulan Dadali tidak akan mencari pengganti bagi posisi Yuda dan Rix.

"Mereka berdua tak mungkin kita ganti... sama sekali tak mungkin. Cuma mungkin ada ahli tambahan, sekadar pemain dalam kumpulan. Terima kasih kepada mereka yang sanggup jadi pemain tambahan kami.

Bercakap mengenai lagu baharu, Dadali Band baru sahaja melancarkan single baharu berjudul Sakit Teramat Sakit dan Setulus Mencintaimu.

Pada Julai lalu Rix meninggal dunia kerana Covid-19 dan Yuda menghembuskan nafas terakhir kerana komplikasi beberapa penyakit.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain