suria

Empat tahun menyepi, T-ara akhirnya buat ‘comeback’ November ini… peminat dah lama tunggu buah tangan baharu!

T-ara bakal muncul dengan buah tangan baharu November depan.

KUMPULAN Kpop popular T-ara bakal membuat kemunculan semula atau comeback November depan.

Menurut laporan AllKpop, kumpulan ini sedang mempersiapkan album terbaharu mereka untuk peminat.

Pada 15 Oktober lalu, T-ara memberi bayangan akan muncul dengan buah tangan terbaharu itu apabila memuat naik poster di laman sosial mereka.

Menerusi Instagram rasmi, keempat-empat ahli kumpulan berkongsi poster sama dengan tulisan ‘Coming Soon’.

Perkongsian mereka itu disambut baik peminat seluruh negara yang sudah lama menantikan kemunculan mereka selepas empat tahun menyepi.

T-ara bakal muncul dengan empat ahli aktif iaitu Ji-yeon, Hyo-min, Eun-jung dan Qrie.

Ini merupakan kemunculan pertama mereka selepas album mini berjudul What’s My Name? yang dilancarkan pada Jun 2017.

Sebelum ini anggota T-ara ada memberitahu mereka tidak sabar dan teruja untuk mempercepatkan pelancaran album terbaharu ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Haqiem Stopa sah bercerai talak satu