suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lesti Kejora, Rizky Billar dapat hadiah ‘babymoon’ ke Turki, siap bawa rombongan keluarga dan pekerja sekali

Lesti dan Rizky bawa rombongan bercuti ke Turki.

REZEKI pasangan selebriti terkenal Indonesia Lesti Kejora dan Rizky Billar dapat bercuti sekaligus berbulan madu di negara Turki.

Menurut laporan DetikHot, pasangan ini berlepas ke negara berkenaan bersama rombongannya pada Khamis lalu.

Meskipun sedang hamil enam bulan, Lesti dilihat teruja terbang ke Turki yang juga merupakan hadiah perkahwinan mereka daripada sebuah syarikat pelancongan.

Difahamkan pasangan ini turut membawa 20 orang termasuk ahli keluarga dan kakitangan Leslar Entertaiment mengikuti rombongan ‘babymoon’ itu.

Pengurus Rizky memaklumkan selain bercuti, pasangan ini juga perlu menyelesaikan urusan pekerjaan di sana.

Keadaan kesihatan Lesti dilaporkan baik dan mendapat keizinan doktor untuk mengembara ke luar negara.

"Percutian ini boleh dikatakan dirancang secara mendadak... cukup mengejutkan tetapi begitu mudah kerana diuruskan oleh mereka yang pakar," kata wakil agensi pelancongan yang menguruskan pasangan ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain