suria

Kes tertembak mati kru, orang ramai 'sign' petisyen bantah guna pistol sebenar ketika penggambaran

Satu petisyen dibuat bagi membantah guna pistol sebenar ketika penggambaran.

SUSULAN insiden tertembak mati seorang kru ketika menjalani penggambaran filem Rust baru-baru ini, tiba-tiba muncul petisyen untuk membantah penggunaan pistol sebenar semasa penggambaran.

Ia menununjukkan tindakan perlu segera diambil bagi mengelakkan insiden yang sama berulang kembali.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Alec Baldwin tertembak mati kru ketika penggambaran filem Rust

Sehingga pukul 8.00 malam pada Ahad seramai 14,000 orang telah menandatangani petisyen tersebut.

"Kita harus memastikan hal seperti ini tak terjadi lagi. Tak ada alasan hal ini kembali terjadi pada abad ke-21. Pistol sebenar tak lagi diperlukan di lokasi penggambaran," tulisnya.

Dalam pada itu, pistol yang digunakan oleh aktor Alec Baldwin sehingga terbunuh pengarah sinematografi Halyna Hutchins masih dalam siasatan.

Alec Baldwin juga akui turut rasa terpukul dan tidak sampai hati melihat anak dan keluarga mangsa dan akan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.

"Tak ada kata-kata yang sanggup mengutarakan rasa terpukul dan kesedihan karena kecelakaan tragis yang merenggut nyawa Halyna Hutchins, seorang isteri, ibu, dan keluarga yang begitu kami kagumi.

"Hatiku hancur untuk suaminya, anak mereka, dan mereka yang mengenal dan mencintai Halyna," tulisnya.

Halyna, 42, disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke Hospital Universiti New Mexico.

Set penggambaran tersebut kini ditutup untuk penyiasatan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain