suria

Rumah selebriti Hollywood turut hangus kebakaran di California, Adele dan Kim Kardashian mula berpindah

Kebakaran hutan di Los Angeles buat ramai selebriti terkesan.

KEBAKARAN hutan yang melanda Los Angeles, California sejak 6 Januari lalu menjadi tumpuan ramai apabila ia disifatkan bencana paling buruk di negeri tersebut.

Api yang mula marak di kawasan Pacific Palisades merebak dengan pantas ke Pasadena susulan angin kencang berterusan.

Dianggarkan lebih 12, 000 hektar kawasan di seluruh Los Angeles terbakar sehingga memaksa ribuan penduduk berpindah susulan api marak dan masih tidak terkawal.

Insiden itu turut membabitkan selebriti terkenal Hollywood yang mana kediaman mewah mereka turut terbakar dalam kejadian tersebut di kawasan terkesan seperti Malibu, Pacific Palisades dan Beverly Hills.

Untitled design (3)

Paris kehilangan kediaman bernilai RM37 juta.

Berikut adalah senarai kediaman selebriti yang terbakar dalam kejadian itu.

1. Paris Hilton

Selebriti ini meluahkan rasa sedih apabila kediaman bernilai $8.4 juta (RM 37 juta) di Malibu, California miliknya hangus terbakar.

Paris menganggap peristiwa itu sebagai pengalaman sangat menyakitkan kerana kediaman tersebut mempunyai nilai sentimental buat dia dan keluarga.

Untitled design (5)

Selepas rumah hangus, Spencer perlu memulakan hidupnya daripada kosong semula.

2. Heidi Montag dan Spencer Pratt

Pasangan Heidi Montag dan Spencer Pratt yang terkenal melalui rancangan "The Hills" turut kehilangan rumah mereka yang terletak di Pacific Palisades, California dalam kebakaran tersebut.

Spencer menyatakan perasaan kecewanya di mana kehilangan rumah adalah satu perasaan terburuk dalam hidupnya.

Untitled design (1)

Leighton kesal rumah berpemandangan indah musnah.

3. Leighton Meester dan Adam Brody

Pasangan ini juga tidak terkecuali apabila rumah bernilai $6.5 juta (RM 29 juta) mereka di kawasan Pacific Palisades, California musnah dalam kebakaran.

Rumah mewah mereka itu terdiri daripada lima bilik tidur, enam bilik mandi dan memiliki pemandangan laut yang menakjubkan membuatkan mereka berasa kesal.

Untitled design (4)

Anna bersyukur keluarganya selamat daripada kebakaran.

4. Anna Faris

Begitu juga dengan pelakon Anna Faris yang kehilangan rumah agamnya yang berharga $5 juta (RM 22 juta) di kawasan Pacific Palisades, California akibat api yang semakin marak.

Walaupun rumahnya musnah, Anna menyatakan rasa syukur kerana dia dan keluarganya berada dalam keadaan selamat.

Untitled design (2)

Isteri Miles sedih gaun perkahwinan hangus terbakar.

5. Miles Teller dan Keleigh Teller

Miles Teller dan isterinya, Keleigh yang baru sahaja membeli rumah impian mereka di Pacific Palisades, California dengan nilai RM34 juta, terpaksa mengosongkan kediaman mereka kerana kebakaran yang semakin hampir.

Keleigh berasa kecewa kerana tidak sempat menyelamatkan gaun perkahwinan yang tersimpan dalam rumah tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Demi kucing kesayangan, pelakon Gossip Girl sanggup redah api

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah Paris Hilton hangus dijilat api, sedih banyak kenangan musnah

Sementara itu, selebriti lain seperti penyanyi Adele dan usahawan Kim Kardashian juga dilaporkan telah mengambil langkah pemindahan untuk melindungi keluarga mereka daripada ancaman kebakaran.

Oleh itu, Gabenor Gavin Newsom telah mengisytiharkan darurat yang menyebabkan lebih daripada 100,000 penduduk terpaksa dipindahkan demi keselamatan mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain