suria

Nikita Mirzani luah hasrat hamil lagi, mahu anak jadi pengganti Lolly

Nikita dedah mahu anak perempuan lagi untuk menggantikan Lolly.

PELAKON sensasi Nikita Mirzani meluahkan hasrat memiliki seorang cahaya mata perempuan sebagai pengganti anak sulungnya.

Nikita memberitahu dia kecewa dengan anak perempuannya iaitu Laura Meizani atau Lolly yang melarikan diri dari sebuah pusat pemulihan wanita baru-baru ini.

Hatinya bertambah remuk apabila Lolly terus menerus menyalahkan dia selain memilih menjadi anak angkat kepada peguam Razman Arif Nasution.

"Kalau ada jodoh, saya nak mengandung bayi perempuan!

Untitled design (8)

Nikita masih berbahagia di samping dua orang anak lelakinya.

"Memang saya berasa kecewa sebab sudah buat apa seorang ibu bapa patut lakukan bagi melindungi anak-anak tapi hakikatnya saya gagal," katanya.

Nikita berkongsi perkara itu ketika ditemu bual pemberita di Jakarta pada Sabtu lalu.

Selebriti seberang ini bagaimanapun tetap bersyukur dan bahagia dengan kehadiran anak-anak yang lain.

"Jika anda kecewa, itu perkara biasa. Saya gembira dengan Azka, Arkana dan Mie Ami," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Nikita Mirzani lari dari pusat pemulihan, tak tahan tinggal bersama pesakit HIV dan pelacur

ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Mirzani hantar Lolly ke pusat pemulihan wanita, berazam sumbat kekasih anak dalam penjara

Pada 19 September tahun lalu, Nikita nekad menghantar Lolly ke pusat pemulihan berkenaan selepas menangkap remaja itu di rumah sewanya.

Ia susulan bagi menyelamatkan Lolly daripada Vadel yang didakwa pernah menghamilkan remaja itu sebanyak dua kali dan memaksanya melakukan pengguguran.

Untuk rekod, Lolly,17, adalah anak hasil perkahwinan pertama Nikita dengan Aizawa Nasseru pada 2006.

Sejak dua tahun lalu, hubungan dua beranak ini sering bermasalah sehingga Nikita nekad membuang Lolly dan enggan ada kaitan dengannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain