suria

Kongsi foto lucah bawa padah, Park Sung Hoon digugurkan bintangi ‘The Tyrant's Chef’

Sung Hoon akui dengan kesilapan yang dilakukan.

TINDAKAN memuat naik foto berbaur lucah di Instagram, pelakon Park Sung Hoon berputih mata apabila namanya digugurkan daripada membintangi drama bersiri The Tyrant's Chef.

Keputusan itu dibuat bagi memastikan projek tersebut tidak terjejas dengan sebarang publisiti negatif apatah lagi isu membabitkan Sung Hoon masih hangat diperkatakan.

"Pihak Sung Hoon memang ada membuat permohonan maaf atas insiden tersebut tetapi kami putuskan untuk menggugurkan dia daripada drama tersebut," kata wakil produksi.

sung hoon 1

Hantaran lucah yang dilakukan Sung Hoon tanpa sengaja.

Sung Hoon, 39, yang watak utama sepatutnya bergandingan dengan Yoona dalam The Tyrant's Chef.

Pada Disember lalu, Sung Hoon didakwa memuat naik poster parodi lucah siri Squid Game di Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Muat naik foto parodi lucah ‘Squid Game’ di Instagram, Park Sung Hoon bagi alasan tak sengaja

ARTIKEL BERKAITAN: Tekanan punya fasal, pengarah ‘Squid Game’ hilang 9 batang gigi ketika penggambaran

Foto itu memaparkan beberapa wanita berpakaian seragam drama bersiri tersebut sambil menunjukkan buah dada dengan aksi tidak senonoh.

Menyedari kesilapannya itu, dia segera memadam hantaran itu namun ia berjaya dirakam netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain