suria

Bimbang kesan lakonan kepada penonton, Taiyuddin elak babak sentuh wanita

PELAKON Taiyuddin Bakar tidak teragak-agak menolak sekiranya ada tawaran lakonan yang memerlukan dia bersentuhan dengan pelakon wanita.

Kata Taiyuddin atau Salehuddin Abu Bakar, 42, dia bimbang lakonannya itu akan memberikan impak negatif khususnya buat penonton yang melihatnya.

“Kalau macam sentuhan bukan mahram (wanita) contoh watak suami beristeri empat, jadi saya akan berbincang dengan pengarah sama ada babak itu perlu dipaparkan atau tidak, kalau berlebihan mungkin akan tolak.

“Watak bersentuhan tu sepatutnya ambil pasangan artis suami isteri sebab ramaikan jadi itu lebih bagus daripada ambil pelakon yang bukan mahram sebenarnya.

“Saya bukan risau dengan kecaman netizen tapi sebaliknya khuatir lakonan saya itu akan berikan tinggalkan kesan kepada penonton nanti,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi