suria

Andy Teh bawa insan tersayang ke set penggambaran, ayah tak mampu tahan sebak

Andy bangga dapat kongsikan suasana kerja pada ibu bapanya.

TINDAKAN pelakon Andy Teh membawa ibu bapanya ke set penggambaran drama BlackOps 2026 mencuri perhatian ramai.

Andy, 40, berkata kunjungan tersebut merupakan pengalaman pertama buat ibu bapanya sepanjang terbabit dalam dunia lakonan.

Katanya, dia percaya ibu bapanya pasti ingin mengetahui keadaannya di set penggambaran memandangkan waktu kerjanya yang tidak menentu.

Ibu bapa Andy teruja melihat set penggambaran anaknya.

“Ini kali pertama ibu bapa saya melawat set penggambaran.  Saya tahu mereka sentiasa ingin tahu tentang waktu kerja saya yang panjang.

 "Jadi kali ini saya jemput mereka kerana kebetulan berada berdekatan,” katanya.

Andy berkongsi perkara itu menerusi hantaran terbaharu di Instagram miliknya yang turut memaparkan gelagat ibunya bermain senapang.

Malah dia sempat memperkenalkan ibu bapanya kepada semua kru di set sekali gus menunjukkan rasa bangga dengan kehadiran mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau nampak saya baca surah al-Nas, bukan bermakna nak tunjuk hebat” - Andy Teh sering disangka mualaf

ARTIKEL BERKAITAN: “Andy Teh kawan yang baik” – Chacha Maembong belum fikir soal jodoh, lebih fokus kerjaya

Tambah Andy, kehadiran kedua orang tuanya itu memberi makna besar dan membuatkan dia berasa sangat bersyukur.

Jelasnya, bapanya sempat menitiskan air mata ketika melihat lakonan Sharnaaz Ahamd di set berkenaan.

“Untuk pengetahuan, ayah saya sampai menitis air mata apabila melihat Sharnaaz Ahmad melakonkan babak emosinya di set,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain