RUMAH tangga pasangan selebriti, Redza Rosli dan Bella Hanna diserikan dengan kehadiran cahaya mata sulung sejak 13 Januari lalu. Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Bella di Instagram miliknya pada Jumaat. Kehadiran cahaya mata merupakan satu rahmat besar buat Redza dan Bella. Syukur dengan rezeki yang dikurniakan, Bella menyifatkan kehadiran anak lelaki itu merupakan satu rahmat terbesar dalam hubungan rumah tangga mereka. "Bismillahirrahmanirrahim… daripada doa yang tidak terhitung hingga tangisan kecil yang lemah. Alhamdulillah, rahmat terbesar kami akhirnya berada dalam pelukan kami," katanya. Pasangan itu memilih nama Muhammad Aydrean Raess untuk anak sulung mereka dan menyifatkan kehadiran bayi lelaki itu sebagai penantian yang cukup terindah. ARTIKEL BERKAITAN: Redza Rosli bakal timang anak lelakiARTIKEL BERKAITAN: [V] Redza Rosli tergerak hati mahu kahwin Bella Hanna, terus bawa isteri beli cincin - “Kami tak pernah isytihar bercinta”"Satu kasih yang tidak pernah kami ketahui wujud sehingga Allah menempatkanmu dalam pelukan kami. "Setiap doa membawa kepada kamu. Setiap penantian amat berbaloi. Kami sangat menyayangi kamu, 'beruang kecil' kami," ujarnya.Untuk rekod, Redza dan Bella mendirikan rumah tangga pada 21 Jun 2024.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!