PASANGAN selebriti, Redza Rosli dan Bella Hanna berkongsi khabar gembira apabila bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.
Berita gembira itu dikongsikan pelakon dan penyanyi Wanns Ahmad yang memaklumkan bahawa aktor berkenaan sedang menantikan kehadiran cahaya mata sulung.
Menerusi video di Instastory miliknya, Wan berkongsi detik manis pasangan itu ketika acara gender reveal.

Redza bakal timang bayi lelaki.
Dalam video tersebut, Redza dan Bella dilihat melepaskan semburan berwarna biru, sekali gus mengesahkan mereka bakal menimang cahaya mata lelaki.
Tetamu yang hadir juga kelihatan begitu teruja sewaktu pengumuman itu dibuat dan terkejut apabila pasangan berkenaan bakal mendapat zuriat lelaki.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Redza Rosli sah bergelar suami dengan sekali lafaz, pilih pelakon Bella Hanna sebagai isteri
ARTIKEL BERKAITAN: Redza Rosli sabar menanti rezeki zuriat, sangkal khabar angin isteri sedang hamil
Untuk rekod, Redza atau Ahmad Redza Rosli, 32, mendirikan rumah tangga dengan Bella pada 21 Jun tahun lalu.
Ini merupakan kali pertama pasangan berkenaan berkongsi berita mengenai kehamilan mereka kepada umum.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


