PEMBABITAN dalam drama siri Viu Original berjudul Sesaat Lebih banyak mengajar penyanyi dan pelakon Nabila Razali untuk lebih menghargai masa bersama keluarga. Kata Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 34, tugas sebagai seorang ibu juga membuatkan dia lebih mementingkan masa bersama orang tersayang meskipun jadual kerja padat. "Drama ini banyak mengajar saya untuk menghargai momen-momen dengan orang yang kita sayang. "Lebih-lebih lagi apabila sudah bergelar seorang ibu, saya ada anak. Kita kerja tak tentu masa. Keluar pagi balik malam. Bila balik anak dah tidur. Tak sempat tengok anak itu membesar, tahu-tahu dah pergi sekolah," katanya kepada mStar. Nabila (kanan) dan suami sentiasa mencari masa untuk bersama anak.Nabila berkongsi perkara itu ketika sidang media pelancaran drama siri Viu Original berjudul Sesaat Lebih yang diadakan di 1 Utama, Petaling Jaya pada Rabu. Dia bagaimanapun meluahkan rasa syukur kerana suaminya, Nik Iruwan Nik Izani, sentiasa memahami serta memberi sokongan dalam mengimbangi kerjaya dan kehidupan berkeluarga.Mereka sentiasa berusaha meluangkan masa bersama anak walaupun masing-masing sibuk dengan komitmen kerja."Zaman sekarang ini wanita pun sudah keluar bekerja. Suami saya pun sangat memahami bila saya keluar bekerja pergi pagi balik malam. Suami tak ada masalah. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bukan perkara baharu, Nabila Razali sudah lali video lama kembali jadi bualan... Hanya mampu lihat dan bacaARTIKEL BERKAITAN: Gurauan di Instagram jadi kenyataan, suami hadiahkan kereta kepada Nabila Razali"Tetapi kami berdua ada perbincangan salah seorang tetap perlu untuk meluangkan masa bersama anak. "Kalau kami berdua tidak sibuk memang kita akan bawa anak keluar berjalan. Kalau sibuk sangat pun kami akan balik ke rumah bawa anak pergi makan tengah hari sekejap. Yang penting ada masa bersama anak," ujarnya. Untuk rekod Nabila berkahwin dengan Nik Iruwan pada .... dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, ...... Dalam perkembangan lain, Nabila turut berkolaborasi bersama dua pelakon utama, Alvn Chong dan Haziq Husni merakamkan lagu tema drama Sesaat Lebih berjudul Sampai Jumpa. Sesaat Lebih mengisahkan perjalanan emosi Adelia (lakonan Nabila), seorang wanita berkerjaya yang kehidupannya musnah apabila suaminya, Haoyu (Alvn) meninggal dunia secara tiba-tiba. Nabila (kiri) dan Alvn merupakan bintang utama drama Sesaat Lebih.Ketika Adelia bergelut dengan kesedihan dan cuba membina semula kehidupan bersama anak perempuannya, kemunculan Adeef (Haziq), sahabat lama Haoyu sejak zaman universiti, mengimbau kenangan silam dan membawa mereka melalui satu perjalanan mengenali diri sendiri serta menemui kekuatan dan harapan yang baharu.Selain Nabila, Alvn dan Haziq, Sesaat Lebih turut dibintangi barisan pelakon seperti Zila Bakarin, Hawra Jamalullail dan Fahmy Reza.Untuk rekod, Nabila dan Nik Iruwan mendirikan rumah tangga pada 18 November 2023.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Nik Muhammad yang kini berusia 13 bulan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!