suria

Uyaina Arshad bersalin cahaya mata ketiga, timang anak lelaki lagi

Uyaina selamat lahirkan anak ketiga.

PELAKON dan pengacara, Uyaina Arshad selamat melahirkan cahaya mata lelaki ketiga pada Rabu lalu.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 34, menerusi hantaran di Threads miliknya pada Jumaat.

“Pewaris takhta yang baharu, raja nombor tiga sudah tiba,” tulisnya ringkas.

Keadaan Uyaina sebelum kelahiran anak ketiga.

Menerusi hantaran tersebut, Uyaina turut berkongsi sebahagian wajah bayi lelaki berkenaan namun masih merahsiakan nama pilihan untuk anak ketiganya itu.

Dalam hantaran lain, Uyaina memberitahu tekaan orang ramai mengenai bakal menimang cahaya mata perempuan tidak tepat walaupun mengidam membeli emas sepanjang kehamilan.

Bagaimanapun, dia bersyukur apabila Allah mengurniakan seorang lagi anak lelaki dan menganggap kehadiran tiga putera sebagai pelindung buat dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: This time, Uyaina Arshad was willing to go to Kuala Pilah to buy gold... Didn't expect the price to be so cheap

ARTIKEL BERKAITAN: Kuasa Tuhan melebihi segalanya… Doktor pernah beritahu peluang Uyaina Arshad hamil sangat tipis… “Sekarang saya sedang mengandung anak ketiga”

“Saya baru saja melahirkan bayi lelaki yang sihat. Waktu saya mengidam emas, ramai kata mesti perempuan, tapi rupanya lelaki. Alhamdulillah, syukur.

“Allah itu adil. Saya membesar tanpa ayah selepas ayah meninggal dunia ketika saya berusia lima tahun. Sekarang bila sudah menjadi seorang ibu, Allah hadirkan tiga anak lelaki untuk saya,” katanya.

Untuk rekod, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Raja Shahiran pada 21 Disember 2021.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan, 4, dan Raja Urayyan, 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain