KEADAAN pelakon Shamsul Ghau Ghau yang kini dalam fasa pemulihan selepas menjalani pembedahan membuang darah beku di bahagian otak kiri masih memerlukan pemantauan rapi. Isteri kepada Shamsul iaitu Sharifah Azrinah memberitahu suaminya mengalami kesukaran bertutur dengan baik meskipun memiliki daya ingatan yang kuat. “Dia seperti mengalami speech delay. Dia masih boleh mengenali wajah dan tahu siapa orang itu, tetapi apabila melibatkan sebutan nama, dia sukar untuk menyebutnya. Shamsul sebelum ini berdepan dengan masalah darah beku di bahagian otak.“Contohnya, bila nak sebut nama Datuk Hans Isaac, perkataan itu tidak dapat keluar. Daripada segi lain, semuanya okey,” katanya kepada mStar.Sharifah berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada program Ziarah Madani anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang berlangsung di kediaman Shamsul di Bandari Baru Bangi, Selangor, pada petang JumaatMenurut Sharifah, keadaan tersebut berpunca daripada darah beku yang berada di salur darah utama di bahagian otak. Katanya, jika mereka menangguhkan pembedahan itu, risiko yang dihadapi suaminya mungkin jauh lebih besar.ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Saya okay” - Shamsul Ghau Ghau tersenyum selepas selamat jalani pembedahan, sempat kongsi tanda ‘mini love’ARTIKEL BERKAITAN: Shamsul Ghau Ghau dimasukkan ke hospital, alami darah beku di otak… Perlu bantuan untuk bedah“Saya ada bertanya kepada doktor sama ada keadaan ini dikategorikan sebagai mild stroke, tetapi doktor menjelaskan ia bukan mild.“Keadaannya agak berbahaya kerana melibatkan salur darah utama. Jika tidak dirawat segera, keadaannya boleh menjadi lebih serius. Sebenarnya, dalam situasi seperti ini, pembedahan perlu dilakukan dalam tempoh empat jam.“Dalam kes abang (panggilan Shamsul), walaupun time frame dia masih dalam tempoh 24 jam, doktor beritahu kami memang datang tepat pada masanya. Kalau lambat sedikit, kami sendiri tidak tahu apa yang boleh berlaku,” jelasnya.Bercakap mengenai fasa pemulihan, kata Sharifah, suaminya memerlukan tempoh sekurang-kurangnya 90 hari untuk benar-benar stabil, terutama dari segi pertuturan. Dalam 90 hari pertama memang kena beri perhatian sepenuhnya pada dia.SHARIFAH AZRINAHISTERI SHAMSULKatanya lagi, Shamsul juga dinasihatkan untuk berehat sepenuhnya dan tidak bekerja buat sementara waktu.“Cuma untuk proses pemulihan ini dia memang perlukan masa dan saya rasa agak lama. Doktor kata dalam 90 hari pertama memang kena beri perhatian sepenuhnya pada dia.“Jadi buat sementara waktu, dia tidak dapat bekerja dahulu,” ujarnya.Sementara itu, Pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac yang hadir menziarahi Shamsul di hospital bagi memberikan sokongan moral dan sumbangan kewangan berharap pelakon itu dapat kembali sihat dan aktif seperti sedia kala.Datuk Hans dan Zed Zaidi hadir menziarahi Shamsul.“Kami dari FINAS hadir ziarah Shamsul hari ini untuk melihat keadaannya dan memberikan sedikit sumbangan, jumlahnya tidak perlu saya dedahkan.“Saya doakan sahabat saya Shamsul kembali sihat dan dapat kembali bekerja serta menghiburkan rakyat Malaysia seperti yang dia lakukan selama 30 tahun,” katanya.Untuk rekod, Shamsul sebelum ini selamat menjalani prosedur membuang darah beku di bahagian otak kiri di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Serdang, pada Sabtu lalu.Pelakon itu dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan selepas mengadu tidak berada dalam keadaan baik.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube