SELEPAS menjalani prosedur membuang darah beku di bahagian otak kiri, pelakon Shamsul Ghau Ghau kini berada dalam keadaan stabil dan sudah boleh berinteraksi.Ketika ditemui mStar di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Serdang, pada petang Ahad, Shamsul atau nama sebenarnya Shamsul Azahar Aliddin, 57, kelihatan tersenyum sambil menunjukkan isyarat ‘mini love’ dan memberitahu keadaannya kini baik. “Saya okay,” jawabnya ringkas.Isteri setia menemani Shamsul di hospital. Mengulas mengenai situasi sebelum dimasukkan ke hospital, isteri Shamsul iaitu Sharifah Azrinah berkata suaminya ada meluahkan sesuatu yang membuatkan dia berasa bimbang.“Pada Jumaat lalu, dia ada cakap macam ini, ‘Saya dah nak kena pergi ni’.“Saya faham dia cakap nak pergi penggambaran pada hari esok, tetapi saya sengaja tanya pergi mana. Dia cakap dia nak kena pergi.ARTIKEL BERKAITAN: Shamsul Ghau Ghau dimasukkan ke hospital, alami darah beku di otak… Perlu bantuan untuk bedah ARTIKEL BERKAITAN: Hampir putus asa cari RM25,000, isteri terharu terima bantuan rakan artis… Shamsul Ghau Ghau kini dalam keadaan stabil“Waktu itu cara komunikasinya pun sudah lain. Saya rasa kena bawa juga dia pergi ke hospital,” ceritanya.Menurut Sharifah Azrinah, kejadian tersebut sangat mengejutkan seluruh keluarga kerana berlaku secara tiba-tiba, apatah lagi Shamsul sebelum ini tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.Tambahnya, pihak hospital kini sedang memantau keadaan Shamsul selama 48 jam bagi menentukan rawatan seterusnya.Shamsul kini dalam pemantauan. “Kami semalam, satu keluarga sangat struggle di sini (hospital). Terkejut kerana semuanya berlaku secara tiba-tiba.“Bila tiba di hospital, tindak balasnya buat saya terkejut. Saya tak tahu kenapa jadi begitu kerana sebelum ini dia tidak mempunyai masalah kesihatan.“Buat masa ini, doktor akan pantau selama 48 jam untuk melihat keadaan suami bagi menentukan rawatan selanjutnya. Kalau tiada apa-apa, mungkin tidak ada rawatan susulan atau mungkin perlu jalani sesi fisioterapi sahaja,” ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube