PELAKON Syifa Melvin selamat melahirkan cahaya mata kedua pada Isnin. Berita gembira itu dikongsikan adik iparnya yang juga pemain bola sepak, Alfi Rasid menerusi hantaran di InstaStory. "Alhamdulillah, masya-Allah anak buah yang ke-24. Tahniah Syifa dan Safawi (abang)," tulisnya. Safawi (kiri) dan Syifa menyambut kelahiran bayi kedua.Menerusi perkongsian tersebut, Alfi memuat naik sebuah video memaparkan suami Syifa iaitu pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rasid sedang mendukung bayi perempuannya sambil membacakan iqamat.Syifa turut memuat naik semula hantaran itu dan mengucapkan terima kasih atas ucapan yang diberikan."Alhamdulillah, terima kasih Lan (panggilan Alfi)," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Tak boleh sorok dah, Syifa Melvin hamil anak keduaARTIKEL BERKAITAN: Parti ‘gender reveal’ meriah, Syifa Melvin umum bakal timang anak perempuanPada Ogos tahun lalu, Syifa atau Nur Syifa Atirah Amirul Melvin, 32, memaklumkan dia sedang hamil anak kedua. Pasangan itu kemudiannya mengadakan majlis gender reveal pada September 2025 dan memaklumkan bakal menimang cahaya mata perempuan.Untuk rekod, Syifa dan Safawi mendirikan rumah tangga pada 28 November 2022.Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Saif Sulaiman yang kini berusia tiga tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube