suria

Netizen bongkar kebaikan Sweet Qismina, hulur bantuan ketika PKP… “Didikan yang dia dapat memang sempurna”

Sweet dipuji mempunyai keperibadian yang baik.

SELEPAS ibu kepada pelakon Puteri Balqis tampil memberikan pujian terhadap keperibadian Sweet Qismina, seorang pengguna Threads turut berkongsi pengalamannya mengenai sikap baik pelakon filem Babah itu.

Menurut individu berkenaan, Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 29, disifatkan sebagai seorang yang berbudi bahasa dan amat menghormati golongan lebih berusia.

Kongsinya, ibu bapanya pernah dilayan dengan baik sewaktu aktres berkenaan menjalani penggambaran di kediaman mereka.

Seorang pengguna Threads memuji kebaikan yang pernah dilakukan oleh Sweet (kiri).

Seorang pengguna Threads memuji kebaikan yang pernah dilakukan oleh Sweet (kiri). 

"Nak tambah sikit fasal Sweet, ya dia memang baik dan tutur katanya dengan orang tua sangatlah baik. 

"Didikan yang dia dapat memang sempurna. Dia layan arwah abah dengan mak saya baik sangat sewaktu penggambaran drama di rumah kami," katanya. 

Tambahnya, kebaikan Sweet tidak terhenti di lokasi penggambaran sahaja. Malah, sewaktu pandemik Covid-19, pelakon itu turut menghulurkan sumbangan kepada bapanya yang mengalami masalah kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah dan saiz tak boleh diubah, Sweet Qismina kongsi cabaran pelakon ‘stuck’ dalam imej kanak-kanak

ARTIKEL BERKAITAN: Hobi baharu Sweet Qismina kumpul koleksi kad Pokemon, boleh jadi pelaburan masa depan

"Selepas itu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), arwah abah kena serangan strok. Dia (Sweet) jugalah yang bagi sumbangan dekat arwah.

Ya Sweet memang baik," ujarnya. 

Sebelum ini, ibu kepada Puteri Balqis, Norashikin Mohd Aziz turut memuji sikap Sweet yang dilaporkan memberi kata-kata semangat secara peribadi kepada anaknya.

Tindakan ikhlas Sweet itu dilakukan selepas melihat Puteri Balqis meluahkan kekecewaan terhadap pengalaman silamnya sebagai pelakon kanak-kanak yang pernah menjadi mangsa buli di set penggambaran.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain