suria

Hadie Elfardie belajar hidup berdikari lepas tinggal berjauhan dengan keluarga

Hadie bijak dalam pergaulan.

MEMULAKAN pengajian di sebuah kolej sejak awal Januari lalu, penyanyi Hadie Elfardie memberitahu dia harus membiasakan diri dengan persekitaran baharu selain bijak dalam memilih rakan sebaya.

Biarpun sudah terbiasa bergaul dengan pelbagai peringkat usia, namun Hadie, 18, tidak mahu tersilap langkah atau terlupa fokus terhadap pelajaran dan kerjaya seni.

"Sejak dahulu pun dah berkawan dengan pelbagai jenis orang, jadi tiada masalah untuk bergaul. Kawan-kawan di sana pun ramai bekas pelajar tahfiz. Jadi semuanya baik-baik sahaja. 

Hadie mahu seimbangkan kerjaya seni dan pelajaran. 

"Saya juga sentiasa ingat pesan ibu supaya sentiasa berhati-hati sebab mungkin ada yang kenal siapa saya. Fokus saya adalah untuk belajar kerana peluang ini tidak datang selalu," katanya kepada mStar.

Hadie kini merupakan pelajar dalam bidang Pelancongan di Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills.

Tinggal berjauhan dengan keluarga juga bukanlah satu pengalaman baharu buat Hadie kerana sebelum ini dia pernah belajar di Kelantan ketika keluarganya menetap di Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Hadie Elfardie jadi 'buruan' wanita, terima mesej ajak kahwin 

ARTIKEL BERKAITAN: Hadie dipulau rakan gara-gara mulut netizen… “Korang yang pergi sekolah, patut pandailah fikir”

Meskipun rindu, namun dia cukup matang untuk menguruskan diri termasuk menyusun jadual kerja sebagai penyanyi.

"Kerja sambil belajar memang susah sikit. Tetapi semuanya boleh diatur dengan baik. Jadi sepanjang belajar pun saya tidak akan memperlahankan kerjaya seni.

"Memang rindu bila duduk berjauhan dengan keluarga, namun ini adalah masa untuk saya belajar berdikari," jelasnya.

Hadie teruja bakal tampil dengan lagu baharu. 

Dalam perkembangan lain, Hadie bakal tampil dengan sebuah lagu berjudul Dusta Sebuah Cinta yang dijangka akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Biarpun masih baharu dalam dunia hiburan, namun dia cukup teliti dalam memastikan lagu tersebut sesuai untuk dirinya dan mendapat sambutan baik daripada pendengar.

"Lagu ini yang akan saya nyanyikan nanti. Jadi ia perlulah sempurna agar selesa ketika dipersembahkan.

"Saya juga ada memberi idea supaya ia sesuai dengan vokal dan jiwa," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain